Wednesday 9 March 2016

Kerana Isu Baju Kahwin Anzalna Dan Fouziah Gous Bermasam Muka

         
Kecoh dengan gosip mengenai majlis perkahwinan Anzalna Nasir,kononya ada pihak mendakwa seorang artis wanita ini dikatakan cemburu melihat ‘kecantikkan’ gaun pengantin Anzalna yang direka oleh Cosry..

  Ada ura-ura menyatakan artis wanita itu adalah teman rapat Anzalna sendiri, iaitu Fouziah Gous.
Cosry juga adalah pereka yang sama membuat gaun majlis bagi perkahwinan Fouziah Gous pada suatu ketika dahulu.

Sebabkan tak mahu Anzalna nampak lebih cantik dan mewah dari gaun pengantin Fouziah suatu ketika dulu yang dia rasa ‘Wedding Of The Year’, Fouziah kononya menyuruh pereka itu menghasilkan gaun untuk Anzalna yang ala kadar sahaja.
Mungkin Anzalna sedar ‘artis wanita’ yang cemburu dengan gaun pengantinnya tu adalah kawan rapatnya sendiri..Apabila diminta komen oleh wartawan mengenai isu tersebut Anzalna tidak mahu ambil kisah sangat dan harap semoga diri Fouziah dirahmati.
                     
Betul atau tidak hanya empunya badan yang tahu dah namanya pun gosip.Tapi ada juga peminat yang tidak mudah melatah mengangap Fouziah Gaus hanya berjenaka di instagramnya.Kita doakan yang terbaik buat mereka..

 MissA/UtaraNews.com
 
 
 
 
 
 

No comments: