Tuesday 8 March 2016

Amyra Rosli Dengan Amar Baharin?

               
                      Sejak akhir-akhir ni banyak kita dengar gosip cerita-cerita tentang mereka berdua nie yang menjadi tanda tanya bila kenyataan Amyra Rosli tidak menafikan gosip itu malah ada memberi kenyatann  akan menerima Amar Baharin sebagai suami jika ditakdirkan ada jodoh.. Sebenarnya Amyra Rosli ini adalah salah seorang heroin yang Cheq Hanie minati kerana rupanya yang cantik serta bakat lakonanya yang menjadi.
               Amyra Rosli  ni pernah merancang untuk berkahwin dengan pelakon lelaki Dazrin Kamaruddin tapi membatalkan perkahwinannya pada saat-saat atas sebab yang dirahsiakan mengejutkan banyak pihak dan peminat .

"      Pada hari Jumaat ini tidak akan ada majlis pernikahan kami. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang mungkin telah block tarikh 8 Ogos ini bagi meluangkan masa untuk hadir. Saya buat kenyataan ini kerana tidak mahu nanti menyusahkan mana-mana pihak yang ingin datang.
Saya tahu semua orang tertanya-tanya, kenapa… Saya tahu hal kahwin ni bukan perkara main-main. Sebenarnya semua persiapan telah siap dibuat cuma kad kahwin belum diedarkan lagi. Kiranya hal tentang kad kahwin kami buat paling akhir sekali. Tapi sampai sekarang belum diedarkan lagi. Sebab itu ramai yang dah bertanya jadi kami beritahu bahwa majlis sebenarnya telah dibatalkan.
Tapi pembatalan ini mungkin bukanlah selama-lamanya. Soal jodoh bukan kita yang tentukan, semuanya ditangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi keputusan yang kami buat ini juga bukanlah titik noktah untuk laluan hidup kami   " 
\
                Apapun kita sebagai umat islam dan peminat doakan sajalah yang terbaik buat Amyra Rosli ..Good luck.

No comments: