Tuesday 29 December 2015

LEPAK TELUK CEMPEDAK KUANTAN


          Dah alang-alang cuti panjang ini berjalan ke Teluk cempedak Kuantan amik udara segar dan pemandangan pantai yang indah...Sebenarnya sejak keja kat Selangor dah lebih  setahun tak turun kuantan ni al maklumlah dah kerja sibuk memanjang tambah dah ada dua anak ni rasa tak cukup masa 24 sehari semuanya penuh dengan aktiviti .

  

        Wah !!! banyak perubahan TC sekarang..kalu dulu agak sunyi sekarang dah meriah dengan gerai-gerai tepi pantai yang dibuka untuk pengujung nak beli makanan mahupun cenderahati... Teluk cempedak ni meriah sampai waktu subuh..tak pernah sunyi dari pengunjung..

     

      Memang best makan Mc sambil mnikmati permandangan yang indah....



           Cuaca agak panas tapi angin bertiup kuat tak terasa panas..Tc ini dah ada banyak kemudahan seperti surau,gerai-gerai makanan dan peralatan ,kedai serbaneka 7e


   
      Sempat pose ala macho gitu..hehhe...



















Thursday 17 December 2015

Pasukan Tok Gajah Sertai Team Selangor..



            Hari ni Cheq Hanie nak share story tentang sukan bola ,nak kata minat sangat bola ini tak lah sangat cuma yelah kita akan add on pengetahuan serba sikit tentang pasukan kelahiran kita iye idok.. serius cakap pasukan bola pahang ada kemajuan yang sangat bagus tapi sejak akhir-akhir ini mutu permainan semakin lemah dan merundung..ada banyak spekulasi yang Cheq Hanie dengar cuma tak tahulah kesahihannya.





Dan hari ini satu lagi berita mengejutkan dalam sukan bola , tiga pemain dari pasukan Tok Gajah telah diumumkan akan menyertai pasukan SELANGOR untuk musin baru .Cheq Hanie harap sangat pasukan Tok Gajah ini akan tetap maju dan meningkatkan lagi mutu permainan .

      



Berikut adalah senarai bekas pemain Tok Gajah yang dibawa masuk menyertai skuad Selangor:

Mohd. Khairul Azhan Mohd Khalid (PG)
Mohd. Razman Roslan (Pertahanan)
R. Gopinathan (Pemain Tengah)

 



Jom join Segmen Blogwalking Jejari Runcing




http://jejariruncing.blogspot.my/2015/12/segmen-blogwalking-bersama.html


 Pertama kali cheq hanie nak join segmen ni.

Segmen Blog walking Jejariruncing

disebabkan blog ni masih baru dan tak ramai pembaca, nak cuba la ramaikan..

lagipun kalau buka blog nak baca pun tak tahu nak baca blog siapa.. so mungkin lepas ni lebih banyak blog yang akan saya discover melalui segmen ni


pada korang yang nak join, caranya mudah je..

nak tahu lebih, just tengok kat SINI







Thursday 10 December 2015

LIPSTIK NYX YNG SANGAT OWESOME





Jom cheq hanie nak share ari nie mengenai Lipstick brand NYX yang cheq hanie order from Instagram ni.Memang teramat lah sangat owesome .Kelebihan lipstik ni kalu pakai tahan lama sampai petang tidak melecit macam liptik biasa..kemas,snang dipakai n senang simpan macam liplos je sapu kat bibir tidak comot macam lipstik or liplos kita biasa pakai ...tak ada nak patah-patah  kalu simpan dalam beg..penutup pun kmas tidak mudah terbukak...so save la heheh


Colour Cheq Hanie pakai ini SAN PAULO BY NYX....Cheq Hanie rasa suka sangat dan tidak nyesal beli.heheh..so pas ni nak tambah koleksi lah huhuh...
 
 


Wednesday 9 December 2015

7 RESEPI BERPANTANG BAGI IBU SELEPAS BERSALIN




                  Berpantang sangat sinonim untuk ibu yang baru selepas bersalin ...kat sini cheq Hanie nak share dengan semua resepi-resepi untuk ibu berpantang so harap leh la ubah selera masa berpantang tak delah asyik nak makan benda sama hari-hari atau makan ikan bilis je atas alasan berpantang ..



MENU 1 :IKAN SINGANG BUAT IBU BERPANTANG
BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor ikan selar kuning
  • 2 bawang Putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1inci halia
  • Air
  • Asam keping
  • Garam
  • 2 biji lada besar
  • Lada Hitam
CARA MASAK

  • Bersihkan bahagian ikan selepas itu letak dalam periuk yang berisi sedikit air (air bergantung pada individu nak kuah banyak isi banyak )
  • Hiris bawang putih, merah dan halia letakan kedalam periuk tadi
  • Potong lada besar dibuang biji campurkan dalam periuk dan letak sedikit lada hitam untuk rasa (terpulang nak lada merah atau hijau)
  • Rebus sehingga ikan masak dan campurkan garam.. hidangkan.


  TIPS
** Lada hitam dapat membantu memanaskan badan ibu yang dalam berpantang
** Halia bertindak membantu membuang angin dari badan  ibu selepas bersalin
      


AYAM MASAK KERING Bahan-bahan: 200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
AYAM MASAK KERING Bahan-bahan: 200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


MENU 2 : SUP AYAM ALA BERPANTANG
 BAHAN-BAHAN 

  • 250 ml air
  • 2 ketul ayam
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • Halia sebesar ibu jari – dihiris
  • Garam secukup rasa
CARA MASAK
  • Rebus kesemua bahan ayam , lada hitam halia dan garam..
  • Tambah air (ikut cita rasa nak kuah banyak tambah air lebih)
  • Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit hingga ayam masak.
  •  Angkat dan hidangkan.



MENU 3 : KERABU PEGAGA ALA PANTANG
 BAHAN-BAHAN 
  • Pegaga (lebih kurang 1 gemgam )
  • Sedikit Kelapa parut yang di goreng kering (dalam 2 sudu)
  • Isi ikan selar kuning yang dah direbus (dalam 2 ekor)
  • Lada hitam
  • Garam
  • 1 biji bawang merah
  • Ikan bilis goreng (ikut suka)
 CARA MASAK
  • Celur pagaga dengan air pnas tapi jgn terlalu lama n masak (agak-agak sahaja)
  • Potong ikut suka sebaiknya tidak terlalu panjang n pendek agar senang di makan
  • Amik isi ikan dan gaulkan bersama pegaga tadi masukan bawang merah yang dah dihiris,lada hitam ikut citarasa masing.
  • Masukan kelapa parut , sedikit garam dan taburkan ikan bilis goreng .
  • Hidangkan.

SUP AYAM Bahan-bahan: 250 ml air 2 ketul ayam ½ sudu teh serbuk lada hitam Halia sebesar ibu jari – dimayang Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
SUP AYAM Bahan-bahan: 250 ml air 2 ketul ayam ½ sudu teh serbuk lada hitam Halia sebesar ibu jari – dimayang Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fx




MENU 4 :BUBUR DAGING BERSALAI
BAHAN-BAHAN 

  • 500 gm daging lembu
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa 
  • Bubur yang telah di masak
 CARA MASAK


  • Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  • Gaulkan garam dan kunyit
  • Gangang atas bara beberapa ketika sehingga masak 
  • Setelah itu hiris dan masukan de dalam bubur nasi yang dah dipanaskan
  • Hidangkan


MENU 5 : IKAN HARUAN MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan haruan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 4 biji lada besar (Merah )
  • Garam
  • Sedikit minyak
 CARA MASAK
  • Goreng ikan haruan yang telah di bersihkan dengan sedikit minyak angkat dan toskan (guna minyak dengan kuantiti yg sedikit )
  • Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada besar yang telah di buang biji
  • Panaskan minyak masak dalam 1 sudu tumiskan bahan-bahasn blender tadi sehingga naik minyak
  • Angkat dan letakan dalam pingang atas ikan haruan yang telah di gorengkan tadi


MENU 6 : IKAN BAWAL KUKUS UNTUK SI IBU





BAHAN-BAHAN
  • I ekor ikan bawal putih
  • 1 ½ inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 3ulas bawang putih
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu the lada hitam
  • 1 batang karot
  • Bunga kubis
 CARA MASAK




  • Lumurkan ikan dengan kicap ,lada hitam dan garam (perap seketika)
  • Letakan ikan dalam bekas kukus
  • Siram baki perapan atas ikan
  • Tabor bahan yang di potong atas ikan..masukan karot dan bunga kubis di sekeliling ikan
  • Kukus hingga masak (angaran dalam 10-12minit )
  • Hidangkan





MENU 7 : DAGING BERLADA HITAM
BAHAN-BAHAN
  •  250 gram daging lembu (dihiris)
  • 1 biji bawang besar ((dihiris)
  • 5 biji bawang putih (Dicincang halus)
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Karot (ikut citarasa) 
  • 1/2 lada bangala
CARA MASAK
  • Panaskan minyak jagung
  • gorengkan daging hingga garing angkat dan tos kan
  • Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
  • kemudian masukan daging tadi ,lada hitam ,kicap dan garam secukup rasa
  • Masukan karot dan lada bangala
  • Kacau dan angkat .




TIPS
**Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga


DAY                                                            MENU                      
ISNIN                                IKAN HARUAN MASAK MERAH   
SELASA                                    DAGING BERLADA HITAM
             RABU                            IKAN SINGANG BUAT IBU BERPANTANG
KHAMIS                             KERABU PEGAGA ALA PANTANG
JUMAAT                                    SUP AYAM ALA BERPANTANG
SABTU                         IKAN BAWAL KUKUS UNTUK SI IBU
AHAD                                           BUBUR DAGING BERSALAI